kuflora hantaran
Tradisi,  Weddings

Hantaran

Di Malaysia, sebut sahaja tentang perkahwinan pastinya tergambar kemeriahan pelbagai kaum meraikan hari kebahagian mengikut cara tersendiri. Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Bidayuh, Murut dan kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak khususnya mempunyai cara yang unik dan berbeza mengikut adat resam masing-masing dalam memeriahkan suasana majlis.

Dalam adat Melayu, ada empat (4) perkara asas yang menjadi adat dalam menyempurnakan ikatan perkahwinan secara sah iaitu merisik, meminang, bertunang dan bernikah. Keempat-empat adat ini merupakan Sunnah yang dituntut dalam agama Islam. Menyediakan hantaran pula merupakan adat yang menjadi ikutan turun-temurun agar majlis tampak lebih sempurna bukan sahaja untuk meraikan pasangan mempelai tetapi juga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, kejiranan serta rakan-taulan dan saudara-mara yang datang dari jauh terutamanya.


hantaran at kuflora

Apakah itu hantaran?

Hantaran adalah hadiah yang diberikan kepada pasangan masing-masing kebiasaanya ketika majlis pertunangan dan pernikahan sebagai tanda penghargaan daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan dan seterusnya dibalas oleh pihak perempuan dengan jumlah tertentu. Lazimnya, dalam masyarakat Melayu, jumlah hantaran akan ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan atas persetujuan pihak keluarga lelaki bagi menjaga keharmonian hubungan silaturrahim kedua-dua belah pihak.

Dalam adat Melayu, pihak lelaki akan memberi hantaran kepada pihak perempuan dalam jumlah ganjil yang juga akan dibalas dalam jumlah yang ganjil daripada pihak perempuan tetapi dengan jumlah dulang yang lebih banyak. Contohnya, jika lima (5) dulang daripada pihak lelaki, maka tujuh (7) dulang perlu dibalas oleh pihak perempuan.


Konsep hantaran

Pelbagai konsep hantaran diketengahkan mengikut kreativiti setiap individu berdasarkan tema yang ditetapkan pasangan bagi setiap majlis. Ada pasangan yang memilih untuk tampil lebih bersahaja dan sederhana. Tidak kurang juga yang cenderung untuk kelihatan anggun dan mewah mengikut peredaran arus semasa. Ada pula yang gemar tampilkan keunikan agar ia dapat mencuri perhatian setiap mata yang memandang. 

Masyarakat Melayu itu sendiri terdiri daripada pelbagai keturunan yang membawa kepada perbezaan adat dalam melangsungkan sesuatu majlis. Perbezaan itulah yang mewarnai setiap majlis kerana dengan adanya tarikan istimewa, semestinya kepuasan akan terpalit pada setiap wajah yang menghadiri jemputan selain menikmati makanan yang menyelerakan. Apa yang lebih utama, impian pasangan mempelai membina rumah tangga bahagia terlaksana sempurna.


Azwani is a creative content writer, always amazed with every flower that blooms so perfectly. When she is not busy writing about florals, she will spend her time teaching her 3 adorable kids how to flip roti canai in the air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *